Salam Semua,
Mengikut kiraan falak saya, seramai 21 orang yang hadir pada outing pertama ini (kerana ada yang datang sedikit lewat). Outing ini telah bermula pada jam 0900pg setelah selesai taklimat ringkas daripada Sdr Shukri MM. Tema outing kali ini adalah berdasarkan kepada subjek 'HUMAN INTEREST IN STREET PHOTO'. Sesi outing dijalankan selama 2 1/2 jam dan tamat pada jam 1130pg (ada yg nak sambung lg tu). Kemudiannya, sesi outing ini disudahi dengan sesi kritik positif dikalangan ahli-ahli LM yang hadir. Jam 1230ptg outing bersurai.
Kesimpulan;
Pada saya, impak positif dari sesi ini kita semua secara amnya lebih mengenali di antara satu sama lain. Lebih mudah utk kita sama-sama ber'forum' kerana secara fizikalnya kita semua telah bersua. Kepada yang tidak dapat hadir, InsyaAllah selepas ini akan ada lagi program-program dari LensaMalaya Selatan. Akhir kata, 'Photography Can Changed The World' - kerana kalau bukan fotografi saya sendiri tidak akan mengenali 20 orang lagi pada hari ini.
TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG HADIR
MOHON ANDA SEMUA SUDI KONGSIKAN GAMBAR-GAMBAR OUTING INI UTK TUJUAN PERKONGSIAN BERSAMA
Sekian, laporan dari bilik berita LM Selatan
Saya yang melaporkan,
zainikasman




Reply With Quote


