Administrator
Points: 68,083, Level: 100
Level completed: 0%,
Points required for next Level: 0
Overall activity: 72.0%
Achievements:








Salam semua, Photoskool / MAPA sudah semakin sunyi dengan sesuatu yang bermanfaat. Saya tak risau tentang bilangan yang tinggal, asalkan kita masih tetap menghasikan sesuatu yang manafaat, ia akan menjadi semakin baik dan semakin kuat. Kekuatan Photoskool dahulu ialah isikandungannya yang kurang bercampur dengan junks (OT). Sebagai satu langkah dari pihak MAPA untuk memajukan lagi photography, saya / CS akan melatih 15 orang photographer/forumer MAPA untuk menjadi moderator yang effective terutama sekali dalam ruangan kritik SECARA KONSISTEN. Latihan akan diberi percuma walaubagaimanapun, bayarannya ialah khidmat yang konsisten dalam forum MAPA ini serta aktif dalam penganjuran outing fotografi secara berkala.
Berikut adalah syarat kelayakan untuk sesiapa yang mahu memohon
1. Mempunyai masa tidak kurang 2 jam sehari untuk berforum.
2. Minat yang mendalam dalam fotografi
3. Semangat untuk memartabatkan fotografi dikalangan anak bangsa dan juga warga Malaysia
4. Sanggup bekerja sama dengan rakan2 moderator yang lain untuk menjaga keamanan forum ini.
5. Sanggup untuk menganjurkan outing percuma fotografi sekurang2nya sekali setahun untuk SETIAP moderator.
6. Moderator akan diberi benefit untuk penganjuran workshop berbayar di MAPA bergantung kepada kelulusan isikandungan oleh pihak Admin
7. Yang terpilih akan mendapat latihan secara langsung dari saya secara online dan juga berdepan.
8. Moderator perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun dengan MAPA tanpa memberi apa-apa alasan untuk away lebih dari 3 minggu kecuali sebab-sebab yang diizinkan.
9. Moderator yg terpilih perlu melatih, memerhatikan bakat-bakat baru yang boleh digilap untuk dijadikan barisan moderator untuk tahun akan datang.
10. Sanggup menerima teguran dan tidak mudah kecil hati dengan perlaksanaan disiplin CandidSyndrome secara langsung ataupun tidak.
11. Tidak berpolitik dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak dalam apa-apa sahaja senario.
Sekiranya anda rasakan anda berminat dan layak, sila berikan saya private message beserta detail tentang diri anda seperti berikut....
1. Nama
2. Tempat
3. Umur
4. Pendidikan
5. Pekerjaan
6. Mengapa anda berminat memohon ? (tidak lebih 500 perkataan)
Selamat mencuba...Selamat maju jaya MAPA.
SN
PENGENDALI
Komuniti Lensa Malaya