PDA

View Full Version : jurugambar perkahwinan - penting ke outdoor.?



Zizei
16th-April-2012, 03:54 PM
Sebagai jurugambar perkahwinan sejauh mana pentingnya gambar outdoor. Ada photographer akan update lebih byk gambar outdoor sebagai portfolio, kat kritik korner ni pun mostly org up kan gambar outdoor berbanding gambar moment ketika majlis. Kalau klien pulak, soalan wajib mereka ialah "ada outdoor tak.?" mungkin kerana ketaksuban kedua2 ini ada kadang kala OP dan KLIEN meninggalkan majlis awal semata² utk outdoor - nak elak hujan katanya. So wajarkah OP itu bergelar "jurugambar perkahwinan" kalau hanya mementingkan gambar outdoor, atau mereka sepatutnya dikenali sebagai "jurugambar perkahwinan outdoor saja" :D

Dan adakah anda rasa jurugambar di Malaysia belum benar2 faham tugas sebenar sebagai jurugambar perkahwinan..??

Any komen..? :loyal:

Balthear
16th-April-2012, 04:10 PM
pengalaman saya tak cukup lagi nak beri sebarang komen hehehe, tapi outdoor itu adalah trend, saya rasa ia adalah harus, kerana client yang mintak kan? tetapi, yang membuat album pengantin lebih best ialah apabila ia penuh dengan gambar2 moment yang dapat membawa mereka kembali pada saat dan detik indah ketika majlis mereka, dan saya rasa itu adalah nilai sebenar yang perlu diutamakan. sekian :;-D:

Fantagero
16th-April-2012, 04:36 PM
indoor (reception, nikah, tunang, rewang): untuk kenangan semua orang, parent pengantin, kawan2, sedara mara, pakcik toklang atuk opah.

outdoor: mostly about the bride and groom. kenangan mereka bakal kahwin.

rasenye, pasal pengantin tinggalkan majlis, nih bergantung pada pengantin punya pengurusan. kalao tulis kenduri pukul 11 pagi sampai 6 petang, sure pukul 6 petang pun still ada tetamu.

buat sampai pukul 4. so, 430 da boleh rileks, kalao nk buat outdoor.
and saya rasa, kalao hire photog untuk satu hari untuk majlis reception, xleh lah nk expect byk gamba outdoor.. kene balance..

kalao nk byk gamba outdoor, hire photographer untuk satu sesi outdoor special. bukan time hari majlis.

rasenye ramai orang keja outdoor sebab senang nk dapat angle menarik. moment dikawal.
kalao indoor, semua sekali jalan.. takde ulang2.. tuh yg ramai keja outdoor

apen80
16th-April-2012, 04:37 PM
actually penting atau tidak ianya bergantung kepada kehendak client... macam bro zizei katalah.. client yang lebih dahulu menanyakan samaada pakej termasuk outdoor atau tidak?? bagi saya... saya tak kisah sangat pun.... yg penting aturcara majlis itu sendiri yang penting.. gambar sedara mara terutamanya dari jauh.... tak juga ekpresi riak wajah mereka.... itu semuanya juga penting.. tapi bab portfolio tu... sememangnya saya juga banyak memasukkan gambar2 outdoor berbanding gambar2 aturcara majlis tersebut... kerana gambar2 aturcara sudah sedia maklum orang akan tau bagaimana keadaan suasana masa tersebut *melainkan kalau ianya dibuat di kawasan2 yang sangat ekslusif seperti perkahwinan dalam taman, dalam grand ballroom... tapi kalau sampai bab photog meninggalkan majlis dengan pengantin awal dari kebiasaan tu agak tak patut la.. kesian pada saudara mara yang tidak dapat hadir tepat pada waktunya... at least bagi kelonggaran sedikit kepada kedua mempelai utk berjumpa dengan mereka.. berkenaan dengan faktor cuaca... mmg kita hanya boleh meramal sahaja... kalau dah hujan.. nak buat camna... ianya sedikit sebanyak dapat mendidik photog itu sendiri kalau takder taman ker, tasik ker,.. kawasan majlis itu sendiri pun boleh dibuat outdoor... tetapi itu hanya pendapat saya sebagai jurugambar perkahwinan amatur sahaja.... bagaimana pula pendapat yang lain.. *saya suka akan topik perbincangan macam ni..

Hadi Nor
17th-April-2012, 01:40 AM
Saya dah malas nak buat weddings.

Macam aneh je pakaian kebesaran bangsa Melayu dipakai kemudian dibawa ke taman, atau tempat yang menarik,
Cuba juga cari gaya hidup Sultan2 Melayu dahulukala berdating ke, ape ke..

Nampaknya tiada.
Sesapa ada rujukan bolehlah kongsi dengan saya ya =)

Fantagero
17th-April-2012, 01:45 AM
Saya dah malas nak buat weddings.

Macam aneh je pakaian kebesaran bangsa Melayu dipakai kemudian dibawa ke taman, atau tempat yang menarik,
Cuba juga cari gaya hidup Sultan2 Melayu dahulukala berdating ke, ape ke..

Nampaknya tiada.
Sesapa ada rujukan bolehlah kongsi dengan saya ya =)


saya pun rasa mcm nih jugak..

masa wedding sendirik,, rase mcm pelik je posing2 kat railway ketapi pakai baju pengantin.

nasib baik da buat prewedding sehari sebelum reception... so,, xd la bergantung pada outdoor masa hari reception..


tp sape yg dapat pull-off outdoor gune baju pengantin memang otai :P
respek

Zizei
17th-April-2012, 10:35 AM
balthear : trend ni photographer juga yg buat. disebabkan ramai mereka yg suka upload gambar outdoor lebih dari gambar perjalanan majlis, so semua bakal pengantin mengidam utk utk outdoor, malah ada yg semata2 macam nak buat outdoor je. seolah2 tujuan majlis tu dah lari. itu dari pandangan klien (pengantin), pandangan dari sudut photographer pulak, nak jadi jurugambar kahwin hanya perlu pandai shoot outdoor jek, lain2 tak penting. jurugambar perkahwinan hanya semata2 outdoor je ke.??

fantaghero : ramai jurugambar dan klien seolah2 terikat dengan outdoor. dah macam wajib tak boleh tinggal. macam perkara yg sangat utama. penting tapi bukan utama. takde pun takpe, majlis tetap kena on, outdoor masih boleh buat post wedding. lebih selesa dan tak rushing.

apen80 : tujuan portfolio nak tunjuk keupayaan ssorang op tu. kalau semua portfolio tu gambar outdoor je, dah tentu org tau yg die teror outdoor je, so rugi sebab kita hanya tunjuk sebahagian dari keupayaan kita, atau dalam kata lain, bila outdoor je banyak maksudnya kita belum cukup mahir dalam capture moment. bagi saya wedding is all about moment, keupayaan kita utk capture moment dalam keadaan pantas.

hadi : pakai baju kawin (kebesaran istana) pastu shoot urban hahaha.. macam tak kena, tapi ntahla. kelainan ni dah byk org buat, cuma tak sesuai dgn adat je la kot.

cuba variasikan keupayaan kita as op, cuba contohi jurugambar2 hebat yg lain, adakah mereka hanya highlight gambar outdoor saja? tak kan. mereka hebat merakam moment ketika majlis dan juga potraiture, dan tak perlu pegi outdoor pun, dalam rumah atau lokasi majlis pun boleh dapat byk gambar. yg penting kreativiti dan versatile hehee

Hadi Nor
17th-April-2012, 02:24 PM
Mungkin kita dah terkena "trend".
Lepas ni nak shoot portraiture post weddings je.

Sebab tah la..
Feel shoot pakaian pengantin kat urban la ape la,
dah tak menusuk jiwa.
hahahaha!

Good point Zizei! =D

kareem2
17th-April-2012, 02:46 PM
aku kawen ari tu pun malas nak buat outdoor..sama la kalau aku shoot wedding..

hendrastar
17th-April-2012, 03:07 PM
tapi ada orang kata :
"outdoor membuatkan kita berbeza dari orang lain...sebab dalam majlis kawen segala jenis angle/pose photog dah tangkap...sampai angle celah kangkang pun dah capture dah..."

tapi bagi saya pun, saya lagi suka buat outdoor...sebab lebih relax...xperlu terkejar2 nak cover moment potong kek/makan beradap/pengantin jumpa tetamu...(bepeluh2 bhaaiii) hahahaha...(nampak sangat malas... :p)

tapi bergantung gak dekat client kita...kalau on, buat lah...kalau diorang dah kondem(penat) xyah lew nak rajin2 nak buat...

husnikick
17th-April-2012, 03:18 PM
aku kawen ari tu pun malas nak buat outdoor..sama la kalau aku shoot wedding..
hehe tu pun mcm kena paksa kan? *tetibe...

bagus perbincangan ini.i like! walaupun aku ni 2nd photog je huhu
So kita kena educate org luar or client la pasal 'outdoor is not a must in wedding photography' ?

El Dedeque
19th-April-2012, 04:16 PM
Outdoor ni trend..dulu cina2 je slalu buat sebab majlis kawin dorg xla sehebat majlis kawin org melayu yg pelaminnye mak aiii beribu riban.. Sebab aku biasa g majlis kawin org cina yg biasa2 je..hehhe klu cina kaya reception kt hotel..hehee skang dah jadi trend photographer smua outdoor..dan slalunye client akan request itu..ini.. Lagi xtahan aku pernah dikasi gambar ntah dr mane dia amik nak outdoor sebiji cam dlm gmbr tu.. Hrmm tergeleng kepala kejap la.. Dlm hati nak je ckp " klu nk sejibik camtu hire la photographer tu"

Actually sgt setuju ngan kate2 bro zizei tuh...

matjack
20th-April-2012, 11:39 AM
assalamualaikum.....outdoor skang nie dh jadi trend di kalangan photographer & jugak pengantin....ambe pon dulu msa kawin layan gak outdoor nie....2-2 op masa majlis pon ok ade outdoor pon boleh xnak buat buat pon ok.....saya penah ikut kawan cover majlis yg pengantin xnak outdoor....just shoot sekitar rumah dia jer utk cover outdoor....kalo yg jenis outgoing tue outdoor photoshoot client tue yg gi tunjuk tmpt2 yg dirasakan menarik......pada sya outdoor nie is a must when the client requested to do it....kalo dia pon mcm nk xnak jer xkisah la tp atleast kita expalin kpd client pro/kontra outdoor photoshoot nie..... tp ni pandangan yg xseberapa ikut2 member wedding photographer.....huhuu

Zizei
24th-April-2012, 05:45 PM
berdasarkan pengalaman sendiri juga, bila job dekat tempat best cam kat ballroom or dewan yg best, biasanya klien tak suka sangat pegi outdoor, kalau pegi pun dalam area dewan tu gak, tapi kalau job biasa2, mereka lebih rajin nak bawak sana sini hehehe..

adakah photographer yg suka offer outdoor semata² ni seolah2 adalah target klien yg biasa2 tadi..?? :)

matkruz82
25th-April-2012, 02:30 AM
Pebincangan ini agak menarik dan perlu diketengahkan..
Pada pendapat saya dan juga melalui pengalaman yang lepas, outdoor photoshoot sebenarnya trend masa kini. Namun konsep fotografi ini tidak salah digunakan dalam fotografi perkahwinan.

Namun perkara yang agak mustahak dalam mana-mana fotografi perkahwinan adalah perjalanan atau kronologi dalam sesuatu majlis perkahwinan.
Selain itu juga, merakamkan kronologi dalam majlis perkahwinan adalah CABARAN SEBENAR bagi sseorang yang jurufoto perkahwinan.

Dalam erti kata yang lain, sesebuah majlis perkahwinan adalah bersifat tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Maka keadaan ini amat memerlukan ketajaman serta kepantasan mata lensa jurufoto perkahwinan untuk merakamkan detik-detik yang menarik dari sudut yang terbaik dalam keadaan masa yang terhad. Sekiranya lalai atau terlepas pandang, tiada lagi peluang yang kedua atau ulang tayang seperti jaringan gol dalam perlawanan bola sepak.

Terdapat banyak aspek-aspek yang perlu wujud secara langsung dalam carakerja fotografi perkahwinan seperti KREATIF, PEKA, PANTAS, MESRA dan sebagainya. Detik-detik pernikahan dan persandingan di atas pelamin dalam sesuatu majlis perkahwinan adalah detik yang paling penting dan perlu dirakamkan secara serius (banyak dan pelbagai). Tidak kisahlah dengan gaya apa pun. Ketika majlis jugalah rakan-rakan, kaum keluarga dan sanak saudara datang untuk meraikan hari bersejarah bagi pasangan pengantin disamping bergambar bersama sebagai kenang-kenangan sekali seumur hidup. Bayangkan rakan karib atau sauadara rapat yang datang lewat sebab dari jauh dengan harapan membawa hajat besar iaitu merakamkan gambar di atas pelamin bersama pengantin, tiba-tiba pengantin hilang. Mana pengantinnya? ohh dah pergi outdoor photoshoot. Sedangkan outdoor photoshoot boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja (tetapi memerlukan sedikit budget untuk sewa persalinan & servis make up).

Konsep fotografi outdoor pada saya juga adalah lebih mudah untuk dilaksanakan kerana keterbatasan masa tidak wujud kecuali ingin mengejar keadaan cuaca atau timing matahari terbit/terbenam. Namun hari atau masanya bisa diatur mengikut persetujuan semua pihak. Selain itu juga gaya atau pose dalam outdoor semuannya bole diaturkan sehinggalah terhasil detik yang diinginkan (boleh dibuat berulang kali sampai boring).

Secara tuntasnya outdoor photoshoot pada masa ini adalah sesuatu yang boleh dianggap sebagai HARUS tetapi tidak WAJIB. Kenapa harus? kerana TREND SEMASA dan juga untuk memenuhi kehendak pihak yang berkenaan (pengantin, keluarga dan lain-lain). Tetapi harus diingat, jurufoto tidak seharusnya memaksa pengantin untuk pergi outdoor photoshoot hanya kerana ingin memenuhkan ruang foto dalam album serta memperlihatkan foto-foto yang menarik. Kerana Foto tersebut dianggap sebagai penyedap mata sahaja, tetapi foto-foto ketika dalam majlis perkahwinan itulah yang paling penting untuk ditatap semula kerana mempunyai nilai kenangan yang boleh menceritakan seribu satu kisah.

*Saya tidak pandai ambil gambar, tetapi saya suka membuat kajian secara serius dalam apa pun bidang yang berkaitan dengan fotografi.
Semua yang dinyatakan di atas adalah cadangan semata-mata dan tiada berkaitan dengan mana-mana pihak. Maaf kerana berceloteh panjang dalam ruang ini sebab memang hobi saya.

Zizei
25th-April-2012, 10:50 AM
matkruz82 : tulisan awak sangat bernas. sokong ni - outdoor boleh jatuh hukum harus bukan wajib. kalau kita letak wajib tapi tak dapat tunaikan kewajipan ini samada masalah cuaca atau komitment pengantin yg susah adalah photographer itu sendiri, takde gambar yg boleh dihighlight nanti. tapi kalau letak harus, photographer tu pasti dah ada gambar2 lain selain outdoor yg sudah boleh diketengahkan, outdoor adalah sekadar bonus tambahan atau penambah perisa :D

matjack
25th-April-2012, 12:55 PM
btul tuh zizei.....x tepikir plak aku pasal hukum2 nie smlm....