View Full Version : Mencari Peluang Bekerja dalam bidang fotografi
hatibatu
29th-March-2012, 01:37 PM
Salam kepada semua saudara nd saudari di lensa malaya.
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf jikalau post saya ini tersalah tempat dan melanggar etika.
Sebenarnya saya ingin mencari peluang kerjaya dalam bidang fotografi. saya ingin mencari sesiapa yang sudi mengambil saya menjadi murid/pekerja atau sebagainya.. dengan kata yang lebih mudah, saya mahu tag along secara fulltime(taktau ade ke tak term mcm ni) ataupun bekerja di studio-studio atau apa sahaja yang berkaitan dengan fotografi. saya tak kisah dengan gaji yang rendah.saya hanya mahukan pengalaman dan ilmu.. walaupun saya mempunyai kelulusan dalam bidang bisnes management, tapi saya tidak tertarik untuk bekerja dalam bidang korporat atau pejabat, melainkan pejabat yang mempunyai bidang fotografi.. saya lebih tertarik untuk bekerja sepenuh masa sebagai jurugambar, tapi saya perlukan pengalaman dan ilmu.. jadi sebab itu saya mahu mencari guru stau sifu.. saya tak kisah bermula sebagai kuli sekalipun. janji pengalaman tu penting. dengan rasa rendah diri, saya berharap ada yang sudi untuk menerima saya..
jikalau ada yang sudi, bolehlah mengubungi saya di 0108977270 (ezhar) :tears_of_joy:
Kamal Zharif
29th-March-2012, 06:15 PM
boleh saya tahu, kiranya untuk perkara ini, apa visi dan juga misi yang ezhar hendak cuba capai selepas ini?
hatibatu
29th-March-2012, 08:13 PM
rasa rasanya jika ilmu dah cukup dan pengalaman pun dah banyak nak buat perniagaan sendiri la kalau ade rezeki.. menurut perkiraan saya, saya mahu belajar sampai saya boleh sampaikan apa yang saya dah belajar tu kepada orang lain..
matkruz82
30th-March-2012, 12:06 AM
Visi & Misi yang menarik.. Mungkin agak berkaitan dengan pengalaman masa lalu yang saya alami..
Saya bukanlah seorang profesional, namun hanya seorang budak yang baru belajar untuk sepanjang masa..
Bidang fotografi tidak semestinya terikat dengan maksud Lukisan Cahaya semata-mata, sebaliknya bidang ini amat luas jika konsepnya dihayati secara mendalam..
Kini hampir setiap bidang mempunyai kaitan secara langsung dengan bidang fotografi, oleh itu tidak salah untuk menceburi bidang yang berada di luar konsep fotografi seperti pengurusan perniagaan untuk mendalami dan mempelajari bidang fotografi.
Mengapa? kerana peluang pekerjaan dalam bidang fotografi kini agak terhad disebabkan nisbah masyarakat Malaysia yang mempunyai kemahiran dalam bidang fotografi meningkat secara mendadak. (contohnya amat jelas, dimana baru-baru sebuah syarikat perniagaan di KL memerlukan hanya seorang jurukamera yang mempunyai pengetahuan asas DSLR namun senarai yang memohon secara dalam talian dan terus ke pejabat mencecah 385 orang)
Saya bukan mematikan semangat jurufoto atau tukang gambar tanah air namun ingin memperkembangkan lagi bidang fotografi agar tidak terlalu khusus.
Analoginya amat mudah, fotografi itu sebenarnya boleh berkembang melalui celah-celah bidang yang lain termasuklah bidang yang saudara pelajari (disamping ilmu-ilmu kefotografian boleh dipelajari melalui komuniti LM khususnya melalui perbincangan serta ilmu dari otai-otai LM).
Bagaimana? Hanya memerlukan sedikit pemikiran yang kreatif tetapi mempunyai kesan jangka masa yang panjang.
Bidang perniagaan yang saya ceburi "jauh panggang dari api" dari bidang fotografi namun kini saya aplikasikan bidang fotografi secara langsung.. (contohnya penggunaan DSLR, mini studio box, sistem pencahayaan dan perisian foto untuk proses pengiklanan produk melalui laman web ataupun majalah).
Pelbagai bidang kini amat berkait rapat dengan bidang fotografi seperti contoh berikut:
-Bidang hartanah (property) amat memerlukan fotografer untuk membuat analisis harga & iklan hartanah iaitu melalui gambar yang baik.
-Bidang pengiklanan seperti signboard & billboard dan lain-lain memerlukan fotografer untuk gambar site.
-Bidang arkitek/hiasan dalaman/senibina/perunding binaan yang mana memerlukan jurufoto @ interior designer untuk mengambil gambar site/proses binaan/hasil.
-Bidang pelancongan/travel & tour agency memerlukan jurufoto untuk mengambil gambar landskap/pemandangan untuk mengiklankan produk pelancongan dan pakej mereka.
-Bidang fesyen & model yang sememangnya bagai isi dan kuku dengan bidang fotografi.
... dan sebagainya.
Akhir sekali, walaupun kita tidak berada dalam bidang fotografi secara langsung namun kita boleh aplikasikan bidang ini secara tidak langsung dalam bidang yang kita ceburi, disamping masa lapang kita boleh diisi dengan kerja sambilan yang berkaitan dengan fotografi, tidak kisahlah hasil pulangannya sebagaimana yang saudara nyatakan.
Seperti menjadi jurukamera untuk majlis tertentu; sukan, makan malam di hotel, penyampaian hadiah, konvokesyen, perkahwinan, event, laporan, jurnal, kenduri dan sebagainya.. Tidak lupa juga "berOUTING @ berTT" bersama ahli komuniti Lensa Malaya walaupun tidak dapat pulangan wang namun pelaburan untuk mendapat ilmu yang berguna serta pengalaman yang bermanfaat khususnya dalam bidang fotografi. Semoga ilmu serta pengalaman tersebut dapat kita sampaikan kepada orang lain..
Sekian terima kasih..
P/S: Maaf la saya membebel panjang sebab memang sebahagian hobi saya adalah membebel.. hehe..
admin
30th-March-2012, 12:41 AM

HURAIAN YANG SANGAT BAGUS.
p/s: boleh tahan kau ya. kalau jumpa depan2, senyaap je..:playful:
azharuddin aziz
30th-March-2012, 01:04 AM
HURAIAN YANG SANGAT BAGUS.
p/s: boleh tahan kau ya. kalau jumpa depan2, senyaap je..:playful:
senyap tapi berisi...terbaik:encouragement:
matkruz82
30th-March-2012, 01:13 AM
hehe.. suka menulis tapi tak suka bercakap..
sebab kalau cakap mudah lupa tapi bila tulis & baca mudah ingat.. :victorious:peace!!
Enchek Shah
30th-March-2012, 09:57 AM
untuk yang tak ada pendidikan formal dalam fotografi atau pun self thought, banyak bersabar dan perjalanannya tidak semudah yang disangka.
selamat berjaya. :)
hatibatu
30th-March-2012, 12:04 PM
Terima kasih saudara matkruz82..Saya amat berbesar hati kerana ada yang memberi saya nasihat dan kata kata yang amat menarik sekali.. tentang apa yang saudara katakan tentang bidang fotografi ni amatla kuas, saya memang bersetuju. Sebab itu apa yang saya mahukan adalah membongkar sendiri apa yang terkandung dalam bidang ini..tujuan saya meng"offer" diri untuk bekerja adalah kerana ingin menunjukkan minat yang mendalam dan bersungguh sungguh nya saya.. bukan kemewahan yang saya cari tapi kepuasan dalam mengukir seni fotografi itu sendiri..untuk itu saya perlukan pedoman dan tunjuk ajar daripada senior2 di dalam bidang ini untuk memantapkan ilmu saya..memandangkan saya dalam proses mencari kerja, saya cuba mengintai peluang kalau kalau dapat mencari sesiapa yang mahukan pekerja. bukan saya tidak mahu bekerja dalam bidang lain, tapi bagi saya alang2 saya mencari kerja,lebih baik saya mencari kerja yang cenderung ke arah apa yang saya minat..terima kasih sekali lagi saudara matkruz82..
p/s : saya lebih suka dibebel daripada kewujudan saya dipandang sepi..haha..:encouragement:
azharariff
11th-June-2012, 10:17 AM
Assalaamualaikum Ezhar. Boleh saya tahu apa perkembangan kerjaya awak terkini? Sudah dapat kerja di mana-mana syarikat fotografi? Terima Kasih.
polaris
11th-June-2012, 02:56 PM
boleh saya tau hatibatu duduk area mana?
evazym79
17th-July-2012, 03:49 AM
kindly pm me here or in FB [Azim Aziz S] if anyone wanted CO-photog =]
available 24/7 during this 2-3month
Aerographer
18th-July-2012, 12:39 PM
evazym79- boleh ambe CO or tag along sekali :biggrin:. Kalau jauh2 sgt x mampu la
Powered by vBulletin® Version 4.2.0 Copyright © 2013 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.