Zulhaimie Memoria
10th-February-2012, 12:19 PM
Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah Selasa lepas bertarikh 7/2/2012, satu outing Lensa Malaya Utara berkonsepkan Thaipusam telah berjaya dianjurkan. Outing kali ini disertai oleh 27 orang ahli Lensa Malaya dan beberapa muka baru. Seawal jam 7 pagi kami semua berkumpul di perkarangan Stadium Bandaraya dan sebelum outing ini bermula satu sesi taklimat tentang keselamatan diri dan gadget serta bacaan doa didahulukan.
4413
Lebih dari sejam kami kusyuk mengambil gambar dan Alhamdulillah tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Apa yang menarik outing pada kali ini ialah banyak muka-muka baru dan lebih banyak perkongsian ilmu dari semua. Itulah yang paling berharga pada semua. Saya sertakan beberapa hasil gambar peserta untuk tatapan semua.
4414
Antara hasil dari Abong Snapsys
Banyak lagi hasil-hasil dari jurufoto yang hadir yang tak dapat saya upload dalam laporan kali ini dan kalau berminat nak view mungkin boleh ke fan page Lensa Malaya Utara (http://www.facebook.com/groups/lensamalayautara/381560191859251/?notif_t=group_activity) dan view semua gambar di sana.
Selepas penat menangkap gambar, kami berehat dan mini TT di astaka berhampiran sambil melihat hasil-hasil setiap fotografer dan memilih gambar. Apa yang saya boleh gambarkan dengan hasil para peserta yang join secara keseluruhan sangat terbaik walaupun ada yang baru first time shot Thaipusam. Usaha yang gigih dari semua dan sifat mahu belajar yang ditunjukkan itu yang menjadi pendorong untuk mendapatkan gambar-gambar yang terbaik.
Outing ini secara rasminya tamat dalam jam 12:00 tengahari dan satu group photo untuk semua yang hadir sebagai kenangan Outing Thaipusam kali ini. Insyallah kalo ada umur yang panjang, kita akan outing lagi..
4415
Assalammualaikum...
Laporan oleh Mohamad Zulhaimie
Sumber Gambar : Facebook