PDA

View Full Version : Speedlight dan wedding..

SHARCS
7th-January-2012, 05:17 PM
Salam,
Saya nak tanya, wajib ke guna speedlight dalam wedding ni? Ada yang kata, kalau tak guna tak lawa lah, macam-macam. So apa pendapat korang. Ada tak wedding photographer yang tak menggunakan speedlight? Terutamanya masa indoor ( waktu make up, persiapan pengantin)..

mfmy8892
7th-January-2012, 06:29 PM
W'salam..
Saya newbie je maybe apa yg saya katakan di sini tak sependapat dgn pro kat luar sana.. :) wajib? Tidak lah, speed light tu sendiri peralatan untuk membantu user mengambil gambar yg cantik. Jadi bukan jadi kesalahan kalau tak mau menggunakan flash semasa ambil gambar untuk wedding atau sebagainya.. Tapi dengan bantuan flash, lighting atau pencahayaan yg sesuai, saudara tentu dapat mengambil gambar yg 'live', cantik, kelihatan natural, etc.

Ada tak yg tak pakai flash utk indoor? Maybe wedding photog buleh jawab.. Tapi rasa saya, kalau lighting cukup, apa salah ya ambil gambar tanpa bantuan flash.. Kan..

SHARCS
7th-January-2012, 09:34 PM

Oh. terima kasih atas pendapat saudara. Maknanya tanpa flash, dengan kreativity, gambar yang dihasilkan masih cantiklah? Sebab ada kawan-kawan saya yang kata, tanpa flash, saya tak boleh buat wedding... Btw, saya pun newbie jugak.. Hehe!

mfmy8892
7th-January-2012, 09:52 PM
Oh. terima kasih atas pendapat saudara. Maknanya tanpa flash, dengan kreativity, gambar yang dihasilkan masih cantiklah? Sebab ada kawan-kawan saya yang kata, tanpa flash, saya tak boleh buat wedding... Btw, saya pun newbie jugak.. Hehe!
Bang, biasanya yg buat wedding ni you dibayar untuk dapatkan gambar yg cantik dan terbaik untuk client.. Kalau dah biasa atau memang your style shoot gambar tak pakai flash tapi still boleh dapatkan gambar yg cantik, terpulang la pada you sebenarnye.. Tapi kena ingat, as photographer, you dibayar dan yg menentukan gambar tu cantik ke tak is client you.. Dorang yg pilih gambar bukan kita.. Hehe..

Tapi kalau you saje2 nak try shoot tanpa flash, tanpa ada implication pada client you then OK la. Sapa nak larang.. Hehehe..

Ruzlan Mohd Zin
7th-January-2012, 10:31 PM
Guna speedlight ni nak kena tengok situasi jugak. Kalau available light cukup, mungkin gambar tu lagi cantik. Tu pun kadang2 ada org pakai reflector.

mfmy8892
7th-January-2012, 11:30 PM
Guna speedlight ni nak kena tengok situasi jugak. Kalau available light cukup, mungkin gambar tu lagi cantik. Tu pun kadang2 ada org pakai reflector.
Tu la pasai, kalau cahaya cukup, tak payah flash pun takpe, natural light lagi cantik kan.. ;)

SHARCS
10th-January-2012, 10:28 PM
ooh, begitu.. terima kasih sifu!

aduka kias utama
10th-January-2012, 11:54 PM
tak gunakan flash bukan untuk dapatkan lebih kreatif.. kreatif tu satu yang subjektif.. kekadang kita dah rasa cukup kreatif dah tapi kat mata org lain tak creative mana pun huhu.. kadang2 untuk lebih kreatif, penggunaan flash pun boleh membantu jugak..

saya lebih suka tak gunakan flash.. but untuk beberapa keadaan saya akan menggunakan flash jugak.. saya cuma gunakan flash untuk bagi cukup cahaya bila rasa cahaya tu kurang mencukupi.. ataupun nak tambah beberapa lighting lain.. contohnya nak jadikkan ada backlight.. atau pun nak fill sidelight dan macam2 lagi lah.. apa pun ianya terpulang kat individu tersebut...

Zizei
11th-January-2012, 11:16 AM
flash bukan aksesori tapi satu keperluan. kenapa dia perlu, sebab kita perlukan cahaya utk sesuatu gambar.
ingat kata tuan guru SN, gambar under (gelap) 50% markah dah hilang, apa la gunanya gambar yg cantik kalau gelap.
dalam fotografi cahaya sangat memainkan peranan. ada 2 cara utk dpt pengcahayaan iaitu flash atau available light.

kalau kita boleh dapatkan gambar dengan cahaya yg baik tanpa flash maksudnya ok la tapi kalau dah gelap kita perlukan cahaya iaitu pastinya flash.

bagi saya flash wajib ada. pakai tak pakai itu terpulang (persediaan). kalau wedding bawah khemah rasanya tak perlu sangat, cahaya dah terlalu byk, tapi kalau dalam dewan (kalau saya) perlukan sedikit cahaya putih dari flash. tanpa flash pun boleh, tapi cahaya semulajadi tu kadang2 tak memenuhi kriteria gambar yg saya nak..

ingat dalam wedding, perkara asas yg perlu kita bawak balik gambar yg boleh di pakai dan bermakna. cantik adalah bonus. kalau cantik gila pun kalau tak bermakna tak berguna :victorious:

sinis
11th-January-2012, 11:25 AM
Kepada wedding fotografer, keperluan membawa flash umpama keperluan membawa baju hujan kepada penunggang motosikal, kita tidak tahu bila hari akan hujan.. ;)

mycadnik
11th-January-2012, 11:29 AM
cahaya penting oooo..perlu ada flash lagi2 time wedding.

yuzairi yusof
11th-January-2012, 07:07 PM
sebenarnya penggunaan flash mmg la wajib....tp tgk keadaan jugak la..mcm aku..aku plan sebelum shoot either indoor or outdoor..contohnya klu dlm bilik..ada light source yg best cam tepi tingkap..aku xkan pakai flash...kadang kadang natural light bole bg dramatic punya lighting...tp tu semua berdasarkan pengalaman..harap harap jgn salah tafsirkan "X GUNA FLASH PUN XPE" lg lg kepada yang baru baru lg dlm photography ni...

lg satu kadang kadang penggunaan flash cntohnya klu kita shoot indoor cam dalam dewan yang penuh dengan lighting setup kadangkala bole membunuh cahaya ambient yg datang dari pelbagai angle...warna warni spotlight kadangkala cantik..tp klu kita bunuh dengan flash dah cam xbest rasanya...tu je la pendapat aku.....

mfmy8892
11th-January-2012, 07:21 PM
Yg penting jangan buta-buta je terima pendapat orang, banyakkan membaca.. Lain orang lain style, develop style sendiri one by one.. Lama2 tentu jadi pro, jangan pro'sak sudah.. Hahahaha..

E325pilot
12th-January-2012, 07:15 PM
Setuju ngan encik sinis .... sediakan payung sebelum hujan :tears_of_joy:

Cherita_Lensa
13th-January-2012, 12:59 PM
sediakan payung sebelum hujan,kalu dpt baju hujan lagi best...hihi:tears_of_joy:

Nazri28
13th-January-2012, 05:03 PM
teknik mengunakan speed light ada sapa leh tolong advice :)

mfmy8892
13th-January-2012, 05:15 PM
teknik mengunakan speed light ada sapa leh tolong advice :)
Jangan malas mencari tuan, kat dlm LM ni ade banyak topic yg penuh ilmu.. Kalau rajin ikut kelas cepat pandai.. Hehehe..

Flash? Check ni - http://lensamalaya.com/showthread.php/69844-Asas-Flash-Speedlight