PDA

View Full Version : Perbezaan& fungsi spot/matrix/center metering??

Mohd Azlan Zaidin
5th-January-2012, 02:32 PM
Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kawan2 LensaMalaya sekalian, boleh sapa2 yg baik hati terangkan apa maksud & kegunaan spot/matrix/center metering x? sebab try jugak google/ baca manual tp xbape jelas lagi la apa fungsi kesemua metering tersebut... skrg ni kt kamera mmg centre metering tu je la xbertukar2 (sebab xbape faham fungsi sebenar dia)...kalau ada yg sudi share knowledge amatlaaaaaahh dihargai..terima kasihh..
:encouragement:

sinis
5th-January-2012, 03:14 PM
spot metering = metering hanya akan dibuat satu titik di tengah frame saja. andaikata anda mengarahkan bahagian tengah frame kepada sebijik mentol, kamera akan menganggap kesemua frame adalah seterang mentol itu.. lalu kamera akan ejas shutter/aperture/ISO berdasarkan itu.

center weighted = sama macam spot, tapi kawasan yang akan diukur nilai cahayanya lebih besar dari spot...

matrix = nilai cahaya dari keseluruhan frame akan di ukur. contoh macam mentol tadi... katakan nilainya 8(contoh), tapi nilai tempat lain ialah 4 sahaja, jadi purata dari kesemua segment akan diambil kira.. kata ada 10 segment kesemuanya, nilai setiap segment akan dicampur kemudian dibahagi kepada 10.

itulah dia penerangan dari saya tentang jenis2 metering ini... apa metering yagn sesuai untuk sesuatu senario, diharap orang lain boleh terangkan.

Mohd Azlan Zaidin
5th-January-2012, 03:21 PM

kalau setting spot metering, adakah shutter/aperture/iso akan auto setting? maknanya bukan manual mode la ya? emmm 1 soalan lagi, mcm mane kita nk tau metering yg tepat bagi sesuatu gambar/ keadaan ek? ada kena mengena dgn histogram kah?

sinis
5th-January-2012, 03:38 PM
kalau dalam mode selain manual.. ianya auto. beza antara janis metering ialah berapa luas kawasan yang digunakan untuk mengukur cahaya, tu je.

untuk soalan kedua... metering yang sesuai itu bila kita dapat gambar seperti yang kita nak. contoh... ambil gambar potret dengan background langit yang cerah... kalau pakai matrix metering, gambar langit akan jadi just nice.. tapi gambar muka akan nampak underexposed. manakala kalau kita pakai spot atau center weighted, bahagian muka akan nampak just nice tapi langit akan teroverexposed. dari segi histogram pulak, gambar mula2 tadi nampak ok.. manakala yang kedua akan kelihatan ada highlight clipping.

histogram ni sama macam matrix, keseluruhan frame akan diambil kira. kalau pakai matrix metering, biasanya graf histogram pun ok.

Mohd Azlan Zaidin
5th-January-2012, 04:18 PM
oo macam tu..skrg sudah faham dgn lebih baik...tq2 tuan sinis :encouragement: hmmm ada sape2 yg volunteer utk tunjukkan hasil menggunakan ketiga2 metering ni x? supaya sama2 kita lebih jelas & faham terutamanya kpd orang2 baru spt saya.. *oh thanks a lot sekali lagi bro sinis atas penjelasan yang sgt baik :applause:*

sinis
5th-January-2012, 04:23 PM
sama.. cuma berkongsi apa yang diketahui. kalau ada sample saya tepek la kat sini.. tapi tak janji la sebab selalunya terlupa.. huhuhu

Mohd Azlan Zaidin
5th-January-2012, 05:09 PM
sama.. cuma berkongsi apa yang diketahui. kalau ada sample saya tepek la kat sini.. tapi tak janji la sebab selalunya terlupa.. huhuhu

oke cantekkkkkk :encouragement:

KamalAriffinM
7th-January-2012, 10:23 PM
spot metering = metering hanya akan dibuat satu titik di tengah frame saja. andaikata anda mengarahkan bahagian tengah frame kepada sebijik mentol, kamera akan menganggap kesemua frame adalah seterang mentol itu.. lalu kamera akan ejas shutter/aperture/ISO berdasarkan itu.

center weighted = sama macam spot, tapi kawasan yang akan diukur nilai cahayanya lebih besar dari spot...

matrix = nilai cahaya dari keseluruhan frame akan di ukur. contoh macam mentol tadi... katakan nilainya 8(contoh), tapi nilai tempat lain ialah 4 sahaja, jadi purata dari kesemua segment akan diambil kira.. kata ada 10 segment kesemuanya, nilai setiap segment akan dicampur kemudian dibahagi kepada 10.

itulah dia penerangan dari saya tentang jenis2 metering ini... apa metering yagn sesuai untuk sesuatu senario, diharap orang lain boleh terangkan.

bro azlan, majalah Aperture isu 10 bulan januari 2012 muka surat 44 ada memberitahu penggunaan metering metering mengikut keadaan. dan paling penting ianya berbahasa melayu.

bukannya tak paham bhsa inggeris... cuma kurang mengerti jer...hehehehe :adoration:.

Mohd Azlan Zaidin
8th-January-2012, 01:51 PM
bro azlan, majalah Aperture isu 10 bulan januari 2012 muka surat 44 ada memberitahu penggunaan metering metering mengikut keadaan. dan paling penting ianya berbahasa melayu.

bukannya tak paham bhsa inggeris... cuma kurang mengerti jer...hehehehe :adoration:.

wow! terima kasih atas info bro kamal...kompem kejap lagi kuar pi cari majalah Aperture bln januari...terima kasih, terima kasih :encouragement:

KamalAriffinM
10th-January-2012, 09:47 AM
l (http://www.digital-photography-school.com/introduction-to-metering-modes)eh check dekat sini jugak...

http://www.digital-photography-school.com/introduction-to-metering-modes

Cherita_Lensa
13th-January-2012, 01:28 PM
info terbaikla..baru aku paham sebenarnye..dok vaca manual xbpe paham...