View Full Version : Lensatrip 2.0 China - Lawatan dagang dan fotografi
tuantanah
29th-December-2011, 04:31 PM
Yg ni mmg kena minta tlg kamal zharif. Klau boleh tujuan trip ini adalah
- fotografi landscape dan street
- mencari sumber2 utk kita import ke Malaysia under Lensa Malaya. Saya tahu kat China ada tempat jual brg kamera 2nd hand murah gila2 dan ini boleh buka peluang perniagaan kpd ahli komuniti (cuma saya x tahu kat mana tempatnya yg selalu YL camera beli).
Let's work out something. Kita bukan tak bagus...cuma kita kurang berani shj
Kamal Zharif
29th-December-2011, 07:40 PM
ok, saya IN... dari sini saya akan cuba ruangkan masa untuk membantu komuniti lensa malaya ni..
mengenai fotografi lanskap dan street, sememangnya China (中国) kaya dengan budaya, tempat2 bersejarah dan UNESCO heritage site yang sangat banyak. memang sangat banyak.. kita boleh lihat hutan belantara ala2 dalam movie Avatar, padang pasir dan sehingga ke kawasan sub-artik suhu -45C. Tidak kurang juga pembangunan pembandaran yang pesat terutamannya di Shanghai(上海). Di Beijing (北京) pula kaya dengan 1000 tahun sejarah ketamadunan china.. di Xi'an (西安) pula mempamerkan sejarah 5000 tahun China, manakala di Shanghai pula membolehkan kita melihat sejarah 100 tahun china. Menurut pembacaan dan juga pemerhatian saya semasa saya berada di shanghai, saya sangat setuju Shanghai boleh dipanggil sebagai "WORLD ARCHITECTURE MUSEUM". Hal ini boleh dilihat sejak dari tahun 1850-an. Ketika ini Shanghai telah menjadi pusat bagi ekonomi, perdagangan, kewangan dan juga kebudayaan. Pada masa yang sama, kehebatan shanghai menarik perhatian masyarakat dari Barat. Pembabitan dan pengaruh Barat ke atas shanghai berupaya menjadikan Shanghai sebagai percampuran budaya Barat dan Timur. Hal ini jelas kelihatan sehingga sekarang. Pada sekitar tahun 2007, terdapat 2138 struktur bersejarah yang mendapat perlindungan khas daripada pentadbiran Shanghai. Hal ini seperti biasa akan menarik lebih ramai pelancong termasuklah orang tempatan dari luar Shanghai. Ini termasuklah senibina taman, bangunan untuk tujuan keagamaan, rumah bekas pemimpin2 di china, hotel, restoran, tempat memorial, tempat hiburan dan kebudayaan dan juga kawasan perumahan (Lane Residence).
Apabila, seseorang menjejakkan kaki ke Shanghai, perkara yang paling tertonjol adalah 3 pencakar langit iaitu Pearl Oriental Tower, Jin Mao tower dan Shanghai World Financial Center. Akan ada satu lagi pembinaan bangunan pencakar langit yang lebih tinggi dari 3 pencakar langit yang tersedia ada. Kemudian, beralih pula ke Sg Huangpu, di tebing sungai sudah menjadi tumpuan penduduk dan juga pelancong dari luar untuk melihat keistimewaan bangunan-bangunan bersejarah. Ini menjadikan Shanghai sebagai antara tempat 'himpunan' senibina 'Art-Deco' terbesar di dunia. Saya saya kagum dengan pencapaian ini. Nama tempat ini adalah 'THE BUND' ataupun dalam sebutan mandarinnya ialah waitan(外滩).
Mengenai lawatan dagangan pula, saya boleh bersetuju dengan pendapat tuantanah kerana biasanya sumber-sumber yang termurah selalunya ada China. Dengan mengetahui budaya dan adat bangsa Cina, seseorang akan mendapat kelebihan yang besar kerana seperti biasa dia tahu apa yang perlu dlakukan untuk berbincang dan berinteraksi dengan masyarakat pemikiran cina di China. Jadi saya di sini sangat ingin melihat ahli LM yang mahu terlibat dengan bersungguh dengan aktiviti dagangan (import) terlibat juga. Saya di sini sangat memerlukan bantuan dari orang yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan. Oleh itu, saya akan cuba melihat bagaimana untuk mencari peluang di China. Walau bagaimanapun, pengalaman saya di china hanyalah sangat sedikit berbanding dengan orang lain yang tahu berbahasa cina dan juga yang telah menetap bertahun-tahun lamanya. Oleh itu, saya sangat ingin menyarankan kepada ahli LM yang mahu mencari peluang di china agar berusaha untuk mempelajari budaya dan kehidupan orang cina. Ini sangat penting kerana jika kita tidak tahu, maka kita akan disingkirkan. Sebelum ini, saya terlibat dengan kemalangan dengan orang tempatan. Kemalangan ini serba sedikit membuka mata saya mengenai cara pemikiran orang cina. saya lihat bahawa mereka sangat cepat mengambil peluang. Kelebihan ini ada kekurangannya yang nyata. Orang cina di sini apabila mahu mengambil peluang, mereka akan memikirkan bagaimana untuk mendapatkan untung besar walaupun dengan cara menyingkirkan orang lain. Saranan yang lain adalah mempelajari bahasa cina kerana ia bertindak sebagai pembuka pintu.
Insyaallah, jika mahu, maka kita boleh buat.
rusdi3713
29th-December-2011, 08:39 PM
mungkin lari sedikit dari tajuk asal tetapi selama kita bercerita dgn negara china ni..depa ni penipu besar dari pengalaman lawatan bercuti pada 14-18/12/11 yang lalu..barang dari yuan1200 bolih jadi yuan400 mungkin bolih lagi murah..kalu ke beijing ikut tour jgn percaya sgt tawaran di kedai2 yg dilawati kerana harga itu sebenarnya bolih ditekan lagi..teh yg yuan400 bolih jadi yuan250 sekiranya kita enggan membeli dgn memberi tekanan utk terus membeli..kalu sesiapa ke sana dan ke tempat mengurut dan didatangi professor yg membuat diagnosis entah apa2 dlm kehadiran suami isteri dan jgn terpedaya trick2 mereka silap2 langsung membeli ubatan ribuan ringgit yg belum tentu keberkesanannya..di kedai cenderahati olimpic village berhati2 kerana skrip yg sama diulangi oleh dua individu selang seminggu yg seorang tu katanya berasal dari malaysia dan berbahasa melayu untuk kita membeli kononn ya murah sgt dari yuan2000 ke yuan200 sahaja entah2 yuan20..di central market chopstick buka harga yuan45 padahal kedai sebelum tu bolih bagi yuan5...kalu sentuh barang and tanya harga dia akan tekan sampai kita beli walapun kekeadang kita letak harga yg krasanya tak logic tapi diterima...so hati2 walau apa jua..pengalaman saya memilih granit untuk projek dan kami terpaksa meletak initial di setiap keping untuk mengelak di tipu...
tuantanah
29th-December-2011, 08:42 PM
Saya tahutentang itu rusdi, saya percaya steve job juga tahu ;)
rusdi3713
29th-December-2011, 09:36 PM
Saya tahutentang itu rusdi, saya percaya steve job juga tahu ;)
Ramai lagi yg x tahu..tiga couple group kami kna paw dgn 'professor' antara rm4k ke rm6k termasuk kami punya prinsipal yg pergi masa lepas olimpik kna berbelas ribu..siapa x takut tengok bendalir colour2 keluar celah kulit kat ginjal pas tu kpala ada current ke apa..nasib baik org rumah x ikut trip ni idak mau saya pun terkena terpedaya silap2..
tuantanah
30th-December-2011, 09:04 AM
Its a good input rusdi. Cuma we hv to find a way to get the genuine exporter as not all of them kaki tipu but they r known for that. Nowadays we cant say chinese product is bad because apple, NASA, dell and many others manufactured in china
El Dedeque
30th-December-2011, 09:13 AM
Its a good input rusdi. Cuma we hv to find a way to get the genuine exporter as not all of them kaki tipu but they r known for that. Nowadays we cant say chinese product is bad because apple, NASA, dell and many others manufactured in china
betul tu..byk je brg2 nike, levis etc pun made in china.. kena cari dulu before pergi.. kalau x naya je kena tipu..huhuhu:victorious:
rusdi3713
30th-December-2011, 07:18 PM
Berhati2 jgn ditipu buta2 bulat2 orang selalu kata..sekurang2nya kita berjaga2 tapi kalu terkena juga tu dah takdir mungkin ada hikmah..selalunya out of greed n kurang pengetahuan..sooner or later dia juga mungkin realized yg semua org kurang mmpercayai dan harap2 berubah tapi selalulah berhati2
Kamal Zharif
1st-January-2012, 09:21 PM
eh, masih tiada reply lagi. hehe
tuantanah
1st-January-2012, 09:48 PM
eh, masih tiada reply lagi. hehe
Apa yg saya tak reply tuan?
Tapi kt mana selain alibaba kita boleh tahu supplier2 termurah?
Shipping murah saya ada xde masalah punya
Kamal Zharif
1st-January-2012, 10:03 PM
Apa yg saya tak reply tuan?
Tapi kt mana selain alibaba kita boleh tahu supplier2 termurah?
Shipping murah saya ada xde masalah punya
maksud saya, ahli2 lain di forum ini yang berminat sekali. di shanghai, biasanya barang2 kamera second hand akan dijual secara langsung oleh pekedai 'brick and mortar'. Untuk membeli peralatan kamera baru dan 2nd hand, ada 1 tempat popular yang kebiasaannya dilawati oleh fotografer2 di shanghai. Ada 6 tingkat yang fokus 98% jual barang2 kamera sahaja . Ada 2-3 tingkat yang jual barang2 kamera 2nd hand sahaja. Boleh katakan pekedainya sangat banyak. Jadi bermakna ada kebarangkalian mereka juga mahu meluaskan perniagaan ke msia. Di sini jugalah saya boleh lihat peluang untuk berdiskusi dengan mereka. bagi merealisasikan tujuan ini, ia memerlukan translator yang mempunyai keupayaan berbahasa cina tahap 'bisnes'. Ada sebarang idea?
Yang mengenai YL camera, mereka juga bisnes kamera 2nd hand?
tuantanah
1st-January-2012, 10:08 PM
maksud saya, ahli2 lain di forum ini yang berminat sekali. di shanghai, biasanya barang2 kamera second hand akan dijual secara langsung oleh pekedai 'brick and mortar'. Untuk membeli peralatan kamera baru dan 2nd hand, ada 1 tempat popular yang kebiasaannya dilawati oleh fotografer2 di shanghai. Ada 6 tingkat yang fokus 98% jual barang2 kamera sahaja . Ada 2-3 tingkat yang jual barang2 kamera 2nd hand sahaja. Boleh katakan pekedainya sangat banyak. Jadi bermakna ada kebarangkalian mereka juga mahu meluaskan perniagaan ke msia. Di sini jugalah saya boleh lihat peluang untuk berdiskusi dengan mereka. bagi merealisasikan tujuan ini, ia memerlukan translator yang mempunyai keupayaan berbahasa cina tahap 'bisnes'. Ada sebarang idea?
Yang mengenai YL camera, mereka juga bisnes kamera 2nd hand?
YL jual cam 2nd hand dan selalu dia pergi sana shop n self pack dlm soft cargo
Utk hantar ke KL. Kadang2 dia bawak jer terus ke sini mcm tu jer. Kt sana xde org yg boleh jd translator
Yg boleh dipercayai ke bro?
Kamal Zharif
1st-January-2012, 10:17 PM
kat sini saya ada satu kawan (orang melayu msia) yang sebelum ni buat bisnes trading ke msia.. dia mampu untuk bertutur bahasa cina dengan baik (tahap bisnes). Saya cuba bertanya dengan dia sama ada boleh tak join venture skali.
Mengenai alibaba itu, saya faham apa yang dimaksudkan, iaitu mahu mencari supplier. (business to business)
setakat ini, banyak yang saya tahu business to end-user style ialah Tmall, Taobao dan Ganji.
tuantanah
1st-January-2012, 10:23 PM
kat sini saya ada satu kawan (orang melayu msia) yang sebelum ni buat bisnes trading ke msia.. dia mampu untuk bertutur bahasa cina dengan baik (tahap bisnes). Saya cuba bertanya dengan dia sama ada boleh tak join venture skali.
Mengenai alibaba itu, saya faham apa yang dimaksudkan, iaitu mahu mencari supplier. (business to business)
setakat ini, banyak yang saya tahu business to end-user style ialah Tmall, Taobao dan Ganji.
Saya cuma mahu dptkan yg terbaik dan termurah utk komuniti
Lensamalaya. Dlm masa yg sama kita masih x rugi dan masih dpt sedikit untung.
Klau bolh nak potong bahagian org tengah klau kita boleh direct to users
Kamal Zharif
1st-January-2012, 10:28 PM
kalau macam gitu, saya cuba pergi survey dan perlu minta bantuan dari kawan saya. Hal ini kerana keupayaan saya berbahasa cina belum ditahap bisnes lagi. dan biasanya pekedai2 di sana tak tahu untuk berbahasa inggeris.
Mengenai orang tengah, pekedai juga termasuk dalam kategori orang tengah kan? dan yang dimaksudkan direct to user adalah 'supplier to user'?
tuantanah
1st-January-2012, 10:57 PM
Yeps...klau dpt nk source direct dari supplier kedai2 di sana
Kamal Zharif
1st-January-2012, 11:14 PM
oooh, kalau begitu, saya perlu minta bantuan dari rakan saya.. saya cuba dapatkan macam mana nak dapat link supplier tu.
tuantanah
2nd-January-2012, 09:34 AM
oooh, kalau begitu, saya perlu minta bantuan dari rakan saya.. saya cuba dapatkan macam mana nak dapat link supplier tu.
Thanks a lot. ;)
FYI kebanyakan lens 2nd hand kat Malaysia dtg masuk dari China.
Powered by vBulletin® Version 4.2.0 Copyright © 2013 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.