View Full Version : bersatu
Firdaus Fauzi Skn
29th-November-2011, 03:15 AM
salam..dah lama rasa tak post..
pohon kritik dari segala sudut..
gambar ni diambil semasa hari perkhawinan acu sy..da tak de tempat nak wat outdoor sbb hari hujan so rumah tingal sebelah rumah jdi..:playful:
gambar sebelum:
2041
gambar selepas:
2042
fiq habib
29th-November-2011, 12:11 PM
Salam Firdaus Fauzi Skn,
Saya puji usaha anda menggunakan latar belakang yang tidak menarik ini dan menukarkannya kepada satu perspektif baru yang lebih menarik melalui HDR. Ini juga boleh menjawab soalan seorang forumer yang bertanyakan alternatif untuk gambar outdoor semasa musim hujan.
Untuk foto anda ini, ada beberapa perkara yang boleh saya sentuh dari sudut manipulasi.
antaranya:
1- hasil kerja clone stamp yang kurang kemas meninggalkan kesan halus wayar tesebut pada kanan dan kiri gambar ini.
2- kurang ketelitian membuatkan ada tinggalan langit putih bersegi di belakang payung sebelah kiri + masih ada kesan wayar itu.
3- berhati2 dengan ruang2 kecil bila anda lakukan editing sebegini kerana anda mengubah horizon ke bawah sedikit dengan menghilangkan rimbunan pokok tapi pada tingkap2 bercorak pada bangunan tersebut masih ada rimbunan itu.
4- anda telah meng-HDRkan background anda tapi saya nampak subjek anda tidak disentuh sedikit pun. ini membuatkan gambar ini kurang seimbang. tak salah kalau ada light editing yang tidak mengubah terlalu banyak skin tone dan texture subjek tersebut.
dari sudut fotografi pula:
1- apakah relevannya payung yang striking warnanya itu dengan foto ini? sebab ia telah mengubah tumpuan mata pemerhati dari subjek utama kepada payung tersebut. better gunakan payung putih atau hitam saja memandangkan warna baju subjek tu kelabu..
2- sekali lagi tentang payung tapi kali ni batangnya yang melintas depan muka subjek. better biar ia bersandar di bahu subjek itu.
3- angle boleh diperbaiki
4- horizon anda senget
5- boleh improve pengarahan untuk lebih mood dan expresi
6- ada beberapa elemen texture dan pattern serta line yang saya nampak wujud di sekitar rumah tinggal ini. harap anda ada gunakan dalam foto2 lain.
anyhow, keep shooting & posting ya!
Firdaus Fauzi Skn
29th-November-2011, 03:24 PM
Terima kaseh atas pandangan yang bernas..saya cuba perbaiki..
Firdaus Fauzi Skn
1st-December-2011, 12:43 AM
repost:
2058
setelah dibaiki editing
fiq habib
1st-December-2011, 12:49 AM
yaa.. bagus!
usaha dan ketelitian macam ni membuahkan hasil yang lebih kemas. so kita tunggu komen dari yang lain.
p/s: kenapa potong hujung payung tu? nampak terkerat.
Firdaus Fauzi Skn
1st-December-2011, 01:14 AM
terlebih crop
Powered by vBulletin® Version 4.2.0 Copyright © 2013 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.