PDA

View Full Version : "Style" baru fotografi perkahwinan

missmayi
7th-October-2011, 05:29 PM
Salam warga LM

Ade tak sesape dlm LM ni yg pernah terpikior psl topik ni?

saye bukanlah "otai" atau seseorang yg lame berkecimpung dlm industri fotografi ni, tapi semenjak "terjerumus" dalam bidang ni, saye byk me'refer' gamba fotografer dlm & luar negara, yg "famous" & yg tak berapa orang nak kenal pn saye refer jgk. Bermacam2 "stlye" foto ade (terutama foto perkahwinan) jadi saye pn mula lah mencari "style" yg kena dgn jiwa. Tapi malangnye...setelah dpt & cuba "style" yg konon kena dgn jiwa tu, saye rase masih ade yg kosong dlm penghasilan gamba...terasa seperti "outdated", tak fresh dah "style" tu. Mula la terdetik dihati "hmmmm" dan sebab tu la saye post cecehan ni....hehehe.

secara umum, kite sume tahu bahawa fotografi ni ade berkait rapat dgn seni lukisan, dan kebanyakan "undang-undang" atau "element" dlm fotografi contoh spt RO3, framing, perspektif dll, ni diadaptasi dari seni lukis. Persoalannye...bagaimane utk kite...generasi alaf baru ni...nak menghasilkan sesuatu "style" yg baru...lain dari yg ade dari sekarang ni...kite tak nak la "recycle" blk "style" yg memang dah lame "cycling" dlm industri ni kan...nanti ade unsur-unsur "repetition" dan sudah tentu tak jadi hape industri ni.

Jadi, pada pendapat warga LM lah, apekah "element" yg diperlukan dalam penghasilan "style" baru itu selain dari yg dah termaktub dlm buku, dan apekah definisi anda tentang "style" baru itu?

CS telah memberi impak yg boleh dikatekan besar dlm "style" sesuatu gamba tu sehinggakan hampir (saye ulangi, H.A.M.P.I.R bukan S.E.M.U.A ye) fotografer perkahwinan kat malaysia ni mempunyai ciri-ciri "style" yg same.

jom... kite pikior reramai topik "style" ni nak? hehehehe....:encouragement:

Balthear
7th-October-2011, 05:32 PM
CS tu sape? saya tak kenal la, saya baru sgt dlm bidang ni :)

sinis
7th-October-2011, 05:33 PM
CS tu sape? saya tak kenal la, saya baru sgt dlm bidang ni :)

Customer support kot.. hehehe

mizie
7th-October-2011, 08:29 PM
CS= Candid Syndrome :D

fizzyilham
7th-October-2011, 09:59 PM
Xde sesapa nk kongsi ke?

missmayi
7th-October-2011, 11:06 PM
CS tu sape? saya tak kenal la, saya baru sgt dlm bidang ni :)

hehe ni buat2 tak tau ke...mmg xtau?

CS= Candid Syndrome :D

hah...tu die jawapan...

chikozawa
7th-October-2011, 11:07 PM
satu topik yg bagus...

nak tau gak... saya takder prefered style... tp suka mencuba pelbagai style yg ada dlm wedding photography...

missmayi
7th-October-2011, 11:08 PM
Xde sesapa nk kongsi ke?

kalu xde sy mx mod tlg padamkan post nih....hehe

missmayi
7th-October-2011, 11:35 PM
satu topik yg bagus...

nak tau gak... saya takder prefered style... tp suka mencuba pelbagai style yg ada dlm wedding photography...

trimas chikozawa...ade idea x? hmmmmm...

chikozawa
7th-October-2011, 11:47 PM
trimas chikozawa...ade idea x? hmmmmm...

well... ada
1.lifestyle wedding photography <-- yg nih tak sure camne style spesifiknyer...
2.candid style
3.photojournalism
4.fashion
5.portrait
6.moment

dan lain2 yg susah dikenalpasti.....

mcm JC more to lifestyle
mcm SN more to candid / photojournalism
mcm JS more to photojournalism

kalau salah tolong betulkan yer... :victorious:

migrain
8th-October-2011, 01:26 AM
salam..

saya bukanlah pakar, malah masih baru lagi dlm dunia fotografi ni. topik ni menarik perhatian saya. izinkan saya memberi pendapat dan pandangan.. :02.47-tranquillity:

bukan lah mustahil nak create new style.. tapi bukannya mudah juga.. melainkan ianya ada dalam diri kita, ataupun genius..

utk cipta sesuatu yg baru, kita biasanya belajar & rujuk drpd apa yg dah ada, dan mendalaminya sehingga betul² paham. kalau tak, macam mana nk pastikan apa yg kita buat tu benda baru, ye tak? ditambah pula perkembangan dunia seni dan fotografi yg menjangkau usia ratusan, malahan ribuan tahun, bukanlah mudah utk mencipta sesuatu yg baru..

1.lifestyle wedding photography
2.candid style
3.photojournalism
4.fashion
5.portrait
6.moment

dan lain2 yg susah dikenalpasti.....

mcm JC more to lifestyle
mcm SN more to candid / photojournalism
mcm JS more to photojournalism

kalau salah tolong betulkan yer... :victorious:

mungkin apa yg boleh dilakukan ialah improvise. belajar dan dalami style yg diminati, dan improvise mengikut citarasa & kreativiti sendiri. ianya tidak datang sekelip mata, atau apabila dicari, sebaliknya melalui pengalaman dan pengetahuan yg dikutip semasa proses tsbt.

secara umum, kite sume tahu bahawa fotografi ni ade berkait rapat dgn seni lukisan, dan kebanyakan "undang-undang" atau "element" dlm fotografi contoh spt RO3, framing, perspektif dll, ni diadaptasi dari seni lukis. Persoalannye...bagaimane utk kite...generasi alaf baru ni...nak menghasilkan sesuatu "style" yg baru...lain dari yg ade dari sekarang ni...kite tak nak la "recycle" blk "style" yg memang dah lame "cycling" dlm industri ni kan...nanti ade unsur-unsur "repetition" dan sudah tentu tak jadi hape industri ni.

recycle juga bukanlah sesuatu yg salah. sesuatu yg lama, mungkin juga adalah sesuatu yg baru bagi generasi kini atau akan datang. dab repetition pula salah satu cara mendalami dan memahami sesuatu perkara. mmg betul melangkaui masa, ianya akan menjadi bosan. sbb itulah kita improvise dan pada ketika itulah kita menjadi inovatif dan menghasilkan sesuatu yg baru dan segar.

sekadar pandangan & pendapat. dah tengah malam dah ni, ayat pun tunggang langgang kot.. hehehe..

kalau ada salah dan silap, harap dapat betulkan dan tunjuk ajar ye! :victorious:

timah
8th-October-2011, 02:16 AM
Style is not created ...
Style happens ....
Style happens out of a long exposure in producing ......

Pada saye, tak perlu mencari cari style fotografi kalau kemahuan hati hanya untuk "berbeza" dari yang lain. Style tak akan terjadi hanya dengan satu dua penghasilan foto, atau satu dua bulan atau tahun. Style adalah keselesaan, kemahuan peribadi yang bebas dari pengaruh luar. Style sama sekali bebas dari kesedaran untuk kelihatan berbeza. Style adalah kejujuran terhadap cara bekerja dan hasil. Style adalah harga diri, bukan kesombongan atau mengasingkan diri dari khalayak.
Style tidak boleh dibuat2. Style yang dicipta atau dibuat/dibuat2 ..... adalah bukan style. Itu adalah ciptaan.... its a fashion.

Dont confuse style with fashion. Fashion varies. Style is unique.
I would rather look at a cliche than look at something being confused as .... STYLE :playful:

tuantanah
8th-October-2011, 11:06 PM
Style ini seperti tandatangan kita yg unik. Orang lain boleh tiru tapi tak mungkin stroke nya sama.
Point Kak Timah bagus.

missmayi
9th-October-2011, 09:57 AM
Style is not created ...
Style happens ....
Style happens out of a long exposure in producing ......

Pada saye, tak perlu mencari cari style fotografi kalau kemahuan hati hanya untuk "berbeza" dari yang lain. Style tak akan terjadi hanya dengan satu dua penghasilan foto, atau satu dua bulan atau tahun. Style adalah keselesaan, kemahuan peribadi yang bebas dari pengaruh luar. Style sama sekali bebas dari kesedaran untuk kelihatan berbeza. Style adalah kejujuran terhadap cara bekerja dan hasil. Style adalah harga diri, bukan kesombongan atau mengasingkan diri dari khalayak.
Style tidak boleh dibuat2. Style yang dicipta atau dibuat/dibuat2 ..... adalah bukan style. Itu adalah ciptaan.... its a fashion.

Dont confuse style with fashion. Fashion varies. Style is unique.
I would rather look at a cliche than look at something being confused as .... STYLE :playful:

guys....this is the time we (all rookies in LM) stand up with a round of applause while saying "bravo...well said" :applause:

Zizei
9th-October-2011, 10:40 AM
saya suka tengok perubahan dalam wedding photogapher kat malaysia ni. kalau dulu photog tak byk buat post processing gambar tp sekarang semua pun dah wajib edit atau touchup. kalau tak buat, boleh kata dia ketinggalan la "boleh kata" je tapi tak semestinya..

tapi saya tersentap dgn kata Ted Adnan satu post dia kat facebook. "wedding photog tangkap gambar utk pertandingan atau kepuasan klien" camtu ayat bila sudah diterjemah ke bahasa melayu :) semua photographer cuba baik kelainan, style masing2 tapi kadang2 kita rasa klien sebenarnya suka ke.? kita mungkin anggap klien suka sebab tu dia hire kita, tapi bagi saya gambar2 cth hasil yg dia lihat tak sama dgn hasil gambar yg dia dapat nanti.

selepas tersentap dgn ayat tu, saya kembali ke alam realitistik utk rakam segala perjalanan majlis dan potraiture dgn natural tapi selitla sikit2 perubahan atau kelainan, taknak lari sangat sebab saya cuba bayangkan kalau saya klien, sanggup ke saya nak terima terlalu byk benda pelik2 dalam album kahwin saya.

saya setuju dgn kaktimah. style ada satu kebebasan dan keselesaan. buat apa yg kita suka dan enjoy. :D

beskalpancit
11th-October-2011, 02:09 PM
style is your creativity, repetition from previous style will be the best reference to upgrade it with ur style of presentation.
make it neutral.. most of ur client adore it!

koinsiden
11th-October-2011, 04:23 PM
saya kongsikan satu pendapat dari rakan blogger saya. http://akukopi.blogspot.com/2011/10/sekali-sekala-aku-cerita-pasal.html

Enchek Shah
11th-October-2011, 10:09 PM
style penting tapi rasanya penerimaan client terhadap style kita lagi penting..jangan kita syiok2 sendri sebab kita sukakan style tu at last client melenting..hehe.. cheers

slumbercorp
16th-October-2011, 07:20 PM
Salam...

Sy nak paraphrase satu benda ni yang sy pernah dengar dari seorang kawan yang berkawan dengan seorang photog.

Kita bukan setakat memuaskan hati pelanggan, tatapi mendidik orang ramai tentang nilainya sesuatu gambar. Kebanyakkan orang ramai kat luar sana buta tentang seni. Maka tugas mencelikkan diorang itulah tanggungjawab kita. Kalau setakat ambil gambar dan simpan untuk self satisfaction, takda gunanya. Cantik atau buruk itu sesuatu yang subjektif, tapi nilai estetika sesuatu gambar itu yang penting. (Acai Jawe,2011)

Pada saya, susah la jugak nak nilaikan sesuatu gambar jikalau satu benchmark tak diwujudkan. Nak cari style pon pening gak.

timah
16th-October-2011, 07:32 PM

Amboiiiii .... :D .... sentap makcik ... hihihi. Cenggitu ekk..

Dan apa yang melucukan pada saye ialah betapa cepat dan mudahnya orang mengaitkan suatu aktiviti fotografi itu dengan PELANGGAN (client). :applause:
Sekurang-kurangnya itulah yang saye duk baca di topik ni ...

Yang tak pernah buat duit walau sesen pun dari aktiviti menekan shutter DSLRnye,
Latimah Lalahuyeh.

Nazir Azhari
16th-October-2011, 08:00 PM
Style = ikut kata hati.
Suka nak shoot macam tu = buat je, dengan penuh passion.
Hati yang gembira = style yang tersendiri.
Pelanggan yang gembira = yang suka style tersebut.

Enchek Shah
16th-October-2011, 10:10 PM
Amboiiiii .... :D .... sentap makcik ... hihihi. Cenggitu ekk..

Dan apa yang melucukan pada saye ialah betapa cepat dan mudahnya orang mengaitkan suatu aktiviti fotografi itu dengan PELANGGAN (client). :applause:
Sekurang-kurangnya itulah yang saye duk baca di topik ni ...

Yang tak pernah buat duit walau sesen pun dari aktiviti menekan shutter DSLRnye,
Latimah Lalahuyeh.

ish kak timah ni..dah fotografi perkahwinan punya setail tentula ada klient..hehehe.

dari saya yang tak pernah ada job..:)

timah
16th-October-2011, 10:19 PM
ish kak timah ni..dah fotografi perkahwinan punya setail tentula ada klient..hehehe.

dari saya yang tak pernah ada job..:)

Hahaha ... betul kate Enchek Shah. Lagipun topik ni dalam konteks "perkahwinan", hampir seharusnye ada klien. Saje buat pemerhatian, dan "re-iteration of the obvious" gittewww ..:tears_of_joy:
Tapi ... yang bagian sentap2 tu saye tak gurau. Sungguh saye sentap ni! Hahaha. :victorious:

Enchek Shah
16th-October-2011, 10:38 PM
Kalau setakat ambil gambar dan simpan untuk self satisfaction, takda gunanya

saya rasa maksud ayat ni adalah supaya tak simpan style gambar wedding yang bagus dalam hardisk dan tak kongsi sesama bagi orang laen tengok agar tak siyok sendri..hehehe:)

cheers

anakanakayah
18th-October-2011, 06:33 PM
in my opinion..style is very subjective, depends on how you describe it..actually there's only a few style but how u present it,improvise it will make the different..
to the newbie like me out there, don't put too much pressure on yourself to have your own style but make sure to keep improving on your picture..
then only you will see your own style in your own unique way..:)

but there is nothing wrong to find your own style k..
i'm still styleless..hehe

timah
18th-October-2011, 06:41 PM
I dont have a style. Im a cliche. And i live..... just fine :D
While its fabulas to have a style, i hope people arent too caught up in style or finding a style. Because most of the time, they come out S.O.S ... style over substance. S.A.D :grumpy:

mujzisme
18th-October-2011, 06:45 PM
kalo klient 2 xsuke style photog 2 kenapa la dia pg upah photog 2 amik gamba kawen dia... hahaha

timah
18th-October-2011, 06:58 PM
kalo klient 2 xsuke style photog 2 kenapa la dia pg upah photog 2 amik gamba kawen dia... hahaha

Kaann ?? Secara logiknye, sewaktu proses mencari photog, bakal pengantin akan tengok hasil kerja photografer tersebut, dan kalau mereka teruskan ambik photog itu bermakna mereka setuju (atau suka) dengan hasil gambar dari photog itu. Dan dah tentu gambar2 yang ditengok tu dihasilkan menerusi "style" photog itu. Jadi jika ada sebarang ketidakpuasan hati pengantin berkenaan "style" photog SELEPAS aktiviti fotografi dan produksi berlaku, photog tidak lah boleh dibebankan.

mujzisme
18th-October-2011, 07:26 PM

bt contract ngan klien suro dia sign. lagi satu sbnarnya proofing byk membantu haha... 2 la x phm org skang ni. servis nak tahap presidential tp byr nye nak mcm ekonomi class. pelik2

anakanakayah
18th-October-2011, 08:12 PM
I dont have a style. Im a cliche. And i live..... just fine :D
While its fabulas to have a style, i hope people arent too caught up in style or finding a style. Because most of the time, they come out S.O.S ... style over substance. S.A.D :grumpy:

couldn't agree more..:)

mungkin juga cara photog memproses gambar akan menjadikan itu satu stail untuk dirinya..mungkin segelintir photog ada 'post' wajib utk setiap 'client'nya yg menjadikan itu satu stail bg photog tersebut..ada orang 'plan' untuk mempunyai stail, ada yang tidak sedar pun dia ada stail..

timah
19th-October-2011, 01:41 PM
couldn't agree more..:)

mungkin juga cara photog memproses gambar akan menjadikan itu satu stail untuk dirinya..mungkin segelintir photog ada 'post' wajib utk setiap 'client'nya yg menjadikan itu satu stail bg photog tersebut..ada orang 'plan' untuk mempunyai stail, ada yang tidak sedar pun dia ada stail..

Kaaann ??! Walaupun stail seseorang tu mungkin tidak dipersetujui khalayak, mungkin menyakitkan mata memandang, mungkin juga menyalahi 'undang undang' fotografi (*), dan orang itu pula tidak pula sedar bahawa "keselesaan" dan "cara" dia itu sebenarnya adalah suatu stail; pada saya ini adalah suatu bentuk kejujuran yang paling tulen dalam penghasilan sesuatu itu. Ini adalah stail/style.

(*) : saya ada pendapat yang keras (hampir tidak menyokong) mengenai undang2 dalam fotografi.

Enchek Shah
19th-October-2011, 01:45 PM
setuju dengan kaktimah, dalam fotografi ada undang2 yang perlu dan tidak perlu dan pasti kena ada etika..hehe

mujzisme
22nd-October-2011, 01:22 PM
bak kata otai2 wedding photog ni style ni bukan setahun dua nak dapat tp kdang makan masa bertahun2 utk dapat style 2. mula2 kita inspirasi skit2 dari org2 yg kita minat style 2 lama2 akan bosan dan mula mencr sesuatu yg nak tnjkkan diri kita dalam gambar 2. n nak membtkan org terima style kita 2 pon bukan sekejap... Yang penting jangan putus asa

ezziey
27th-October-2011, 02:21 PM
salam... bagi pandangan saya yang noob ni, style ni satu perkara yang subjektif, ikut citarasa sendiri, kadang kala betul jugak cakap forumer nih, after post processing ada yang pandang dari segi tone, composition kalau cantik die hire photog tersebut, tapi ada jugak yang langgar RO3 dan itu merupakan style die - no offence-, pada saya, PR (perhubungan awam) juga merupakan suatu style, kalau PR kita ok, orang akan cakap benda baik or hire for wedding, tapi kalau PR kita out - orang tak pandang lansung even output die tip top... just my 2 sen...

El Dedeque
27th-October-2011, 06:07 PM

saya setuju dgn PR.. coz good PR bole dapat customer sampai hire photographer ambik picx sampai ke oversea.. semua perbelanjaan ditanggung..hehehe (cakap berdasarkan seorang rakan yang berkata.. i get job oversea coz of PR) kalau setakat style sahaja yang kite ade tapi PR out susah juga...

Snappshooter Privation
27th-October-2011, 06:18 PM
makin byk job, makin byk pengalaman, makin banyak idea, makin byk gmbr hebat, n akan timbul style dgn sendiri :)
gaya akan muncul bila gambar yg hebat akan dikenang selamanya..

mood: searching

El Dedeque
27th-October-2011, 08:23 PM
makin byk job, makin byk pengalaman, makin banyak idea, makin byk gmbr hebat, n akan timbul style dgn sendiri :)
gaya akan muncul bila gambar yg hebat akan dikenang selamanya..

mood: searching

saya setuju.. yang penting asah mata..bila mata dah tajam.. boleh la create style sendiri..