PDA

View Full Version : PERATURAN TANDATANGAN (Signature)



imported_admin
8th-January-2008, 02:49 AM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga LM.

PENGUMUMAN.

Pihak ADMIN LM telah mengadakan sedikit perbincangan dan kata putus oleh pihak ADMIN telah diambil untuk menetapkan beberapa peraturan berkaitan dengan 'Signature' pada setiap ahli forum LM.

Ini adalah bertujuan untuk kestabilan forum LM dan kekemasan serta untuk mengurangkan bandwith forum LM yang semakin meningkat. Peraturan ringkas yang ditetapkan ini adalah bertujuan untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada SEMUA warga forum LM.

Antara peraturan yang di tetapkan adalah seperti berikut :



1. Tidak Boleh sebarang bentuk banner ataupun sebarang bentuk image. Hanya Perkataan Sahaja.

2. Tidak Boleh Melebihi 3 baris ayat. Termasuk baris ruangan kosong.

3. Tidak Boleh meletakkan sebarang ayat berkaitan porno, politik, perkauman,provokasi.

4. Boleh menggunakan URL Signature.




Sebarang 'Signature' yang melanggar peraturan yang ditetapkan, pihak ADMIN LM berhak memadam 'Signature' tersebut tanpa sebarang notis dan makluman terlebih dahulu. Peraturan ini berkuatkuasa dari 2011 sehingga seterusnya.

Makluman kepada semua warga LM yang sudah mempunyai 'Signature' dan didapati tidak menepati peraturan di atas, di harap dapat meminda 'Signature' masing-masing dalam kadar segera.

Tempoh sehingga 1 January 2012 diberikan untuk anda memindanya.

Sekiranya didapati ianya tidak dipinda dalam tempoh yang diberikan ini, pihak ADMIN LM berhak memadam 'signature' anda tanpa sebarang notis.

Sekian Makluman Dari Pihak ADMIN LM.

astromas
22nd-January-2012, 09:22 PM
minta maaf tuan tanah, saya cuba nak letak signature dan tukar profile pic tapi tak terjumpa tempatnya. puas da carik. Boleh tlg kasi tahu kat mana tempatnya tu? Terima kasih

mfmy8892
22nd-January-2012, 11:21 PM
Click pada link 'setting' pada bahagian atas kanan website ni.. Kemudian ada link utk edit signature, avatar dan sebagainya di sebelah kiri.. Selamat mencuba.. ;)

astromas
23rd-January-2012, 01:03 AM
Terima kasih. dah berjaye.. :victorious: