View Full Version : [WTA] how to create a pic like dave hill photo?
omarbaik
2nd-August-2007, 11:03 PM
hah..harituh browse2 then terjumpa satu mamat ni style juga photog sgt berjaya pic smua masyuk arr.mcm mana nak bt pic mcm die eh? ni refrence . hahah lagi skali if sapa blh ajar tlg bt mcm bro kamchan(dah 3 kali ckp nama die) haha sbb die bt penuh dgn detail senang paham pls ye
http://www.davehillphoto.com/ :roll: :roll:
hazwan
2nd-August-2007, 11:06 PM
omar..ktorg dh bincang kt cni..godek2lah crk tutorial
http://candidsyndrome.com/forum/viewtopic.php?t=3074
hellOMaker
2nd-August-2007, 11:13 PM
personal ckp..ko tunggu kamchan ngan..kukubesi reply...
omarbaik
2nd-August-2007, 11:16 PM
saya sedar jg but takde sapa bg step yg clear lah,smua ckp ckp je sy pening lah hahaha :roll:
sitiruzaimah
2nd-August-2007, 11:19 PM
hi omar...
d antara photographer senior yg gemarkan sentuhan seperti Dave Hill adalah saudara Syahrin Aziz.. Info & tutorial mcm mana nak buat effect mcm Dave Hill pon dah d berikan & d kongsi d link yg diberikan oleh hazwan...
harap info itu membantu.. selamat mempelajari teknik Dave Hill...
mozabas
2nd-August-2007, 11:21 PM
tumpang lalu...
bro kamchan n kukubesi tue..memang dashyat giler..tapi bro hellOmaker tue apa kurangnya...janganlah kedekut ilmu..tak baik tau..hehehe... :wink:
sitiruzaimah
2nd-August-2007, 11:36 PM
saya sedar jg but takde sapa bg step yg clear lah,smua ckp ckp je sy pening lah hahaha :roll:
omar, saya cuba alihkan bahasa dpd link di bwh nih:
http://www.flickr.com/groups/strobist/discuss/72157594577686705/
Tutorial ini mengambil masa beberapa minit utk disiapkan. Saya cuba campur2kan Bahasa & English ye...
1. Anda perlulah memulakannya dengan gambar yang mempunyai pencahayaan disekeliling subject ataupun lighting yang ketara pada gambar.
2. Pastikan level dan color diubahsuai pd original photo sebelum anda bermula dengan teknik Dave Hill.
3. Peringkat Satu
a) Duplicate layer pada LAYER pallette
b) Go to FILTER - OTHER - HIGH PASS type 4.0 for RADIUS
c) Pada LAYERS pallette pilih vivid light for the blending mode
d) Kemudian, Flatten the image. (Tinggal satu je layer time nih, - the flatten image)
4. Peringkat Dua
a) Duplicate the layer on the LAYER pallette (layer yang flatten dpd peringkat satu tadi)
b) Go to FILTER - OTHER - HIGH PASS type 6.9 for RADIUS
on the LAYERS pallette choose color for the blending mode
c) Set opacity to 40%
d) Now flatten the image.
5. Peringkat Tiga
a) DUPLICATE LAYER on layer pallette
b) FILTER - BLUR - GAUSSIAN BLUR 9.4 pixels
c) FILTER - NOISE - ADD NOISE 3%
d) From the top menu select LAYER - ADD LAYER MASK - HIDE ALL
e) Using the lasso tool select only the eyes and choose SELECT - FEATHER about 6pixels
f) Choose SELECT - INVERSE
g) Now use the brush on the tool pallette and set the brush opacity to 30% - brush over the entire image
h) Now FLATTEN the image
6. Pringkat Akhir (Sharpen the image)
a) Go to FILTER - SHARPEN - UNSHARP MASK
b) use the following settings:
AMOUNT 100%
RADIUS 30.0 pixels
THRESHOLD 0
Editting ini adalah utk menciptakan highlights pd image. Tutorial ini adalah utk Hi Resolution image. Sekiranya anda menggunakan low res photo, anda perlu mengurangkan jumlah amount filter etc d atas.
Bila dah cuba jaya tutorial nih, boleh la buat experiment nak ikut citarasa sendiri...
Selamat Mencuba!
ciku_nunu
3rd-August-2007, 06:05 AM
cakap pasal gambar yg shahrin aziz buat ni kan... giler admire tengok entry latest dia kat fotopages tu... fuh!! :P
kamachan
3rd-August-2007, 11:37 AM
personal ckp..ko tunggu kamchan ngan..kukubesi reply...
Adehh...Pembetulan..saya tak biasa buat dan tak pandai editing cara Dave Hill, dan saya hanya tahu asas-asas PS sahaja. Kalau bab apply, kalau jadi pun secara accidently. Bukan kedekut ilmu atau tak moh ajar, sebab pengetahuan saya hanya terbatas pada asas sahaja, eksperimen dengan pelbagai konsep asas, campur, blend, mix, tetiba jadi macam menarik..jadi nak sebut langkah satu persatu kena buat secara langsung, atau live. Bukan tak boleh nak buat tutorial, cuma nak kena ada banyak masa dan tumpuan.
Saudara Hamlaww contohnya banyak mengaplikasikan cara Dave Hill dalam karya beliau. Sekiranya anda tanya dia pun, dia akan jawab seperti saya mungkin. Langkah-langkah yang diterangkan oleh saudari Siti Ruzaimah itu adalah salah satu cara dalam membuat karya seperti Dave Hill ini. Sebenarnya ada banyak cara lain, bergantung kepada imiginasi anda dan kemahiran anda menggunakan PS. Kerana ianya bergantung kepada "gambar" anda. Lain gambar lain setting dia.
Saya dulu memang tak pandai langsung nak olah gambar camni, cuma selepas saya melihat beberapa steps ringkas yang diberikan oleh rakan-rakan yang banyak membuat eksperimen Dave Hill ini dalam CS ini (seperti link yg diberikan oleh bro Hazwan), saya cuba buat latihan sendiri dan cuba mengaplikasikan langkah-langkah yang disebutkan. Tak jadi buat balik, tak jadi buat balik, dan percayalah suatu hari nanti anda akan mahir secara semulajadi semasa membuat latihan itu dan dengan sendirinya anda boleh guna PS mengikut kehendak hati anda.
Maaf membebel panjang. Saya juga sama level macam anda semua, banyak lagi yg tak tahu. Macam kak Ruzaimah kata "Bila dah cuba jaya tutorial nih, boleh la buat experiment nak ikut citarasa sendiri..." :D
omarbaik
4th-August-2007, 06:53 AM
hahah bro kamachan rendah diri,meeeh kalo tak tau dave hill pun cara lain pun blh :o dah lama menghilangkan diri dlm section nih kamachan :P bile nak bt topic baru? :lol:
omarbaik
6th-August-2007, 09:59 PM
hurmm ada org blh tunjuk pic pic bt smua skali tak?saya dah try yg tutorial atas td but hasil korang memberangsangkan lah.pls
joetosan
6th-August-2007, 10:19 PM
hehehe saya dah kat 3 bulan dok belek tutorial strobist tu. Masih dalam cuba mencuba. Nak kata tutorial tu tak betul, ada yg boleh buat...budak atas kapal tuh perghhhh. hehe so saya sendiri pun dok godek godek ha .Tapi dari pengodek an saya, Gambar yg paling senang nak menjadi ialah gambar yg terang bangat.
Dlm tutorial tuh kata boh lotion. ITU pun saya terai, tapi hasil tak macam saya nak lagi. Moh mencuba lagi! dont patah semangat! errrr Kalau ada TT untuk editing ni......... saya mesti pilih!
err point yg nak di sampaikan di sini..... Dont mengalah, cuba dan cuba lagi hehehe
omarbaik
7th-August-2007, 11:42 PM
hahaha but dah try byk kali naiik pening tak jadi jadi seyh
Hamlaww
9th-August-2007, 08:27 AM
1. Anda perlulah memulakannya dengan gambar yang mempunyai pencahayaan disekeliling subject ataupun lighting yang ketara pada gambar.
merujuk dari petikan diatas :
the best way untuk dapat effect macam ni ialah dengan menggunakan White Lightnings dari Alien Bees atau sekutu dengannya ye .. cahaya putih yg dilimpahkan diatas subect kita memberi kesan impact yg menarik .. , dan the rest kerja boleh disambung di Photoshop munkin increase dynamic range dia (IDR)
http://www.alienbees.com/images/abr/ABR800MAIN.jpg
http://www.alienbees.com/images/abr/ABR800_NEW_5.jpg
contoh penggunaan AB800 boleh tengok kat sini mamat ni punya lighting iras - iras dengan Dave Hill http://www.flickr.com/photos/blackicewap/
boleh cuba tengok flash ni .. kalu Desmond kat jln pudu tu boleh belikan lagi baik cuma kena pakai transfomer untuk step down from
240-110 v ... http://www.alienbees.com/abr800.html
Powered by vBulletin® Version 4.2.0 Copyright © 2013 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.