PDA

View Full Version : Jarang-jarang sekali....



ted
29th-August-2006, 10:41 PM
Jarang-jarang sekali, perlu dirakamkan gambar sebegini...

http://static.flickr.com/71/227814216_663a93ea8b_b.jpg

...biasanya untuk syok sendiri sahaja. Tapi kadang kala perlu juga dibuat untuk dipilih imej yang terbaik dari segi komposisi dan bahan cerita.



Tapi jikalau terlampau banyak dirakamkan imej sedemikian rupa, tidakkah membazir namanya? Dari segi masa memilih gambar untuk diedit, pembaziran ruang memori kad dan 'wear and tear' kamera tersebut.



Gambar besar di sini (http://static.flickr.com/71/227814216_663a93ea8b_o.jpg). Awas panjangnya 6000 pixel.



Iktibarnya, adakala perlu rakaman secara 'burst mode' jika acara yang banyak aksi. Selain dari itu, tidak perlu (melainkan jikalau mau syok sendiri jugaklah :lol: ).

pencerita
30th-August-2006, 12:13 AM
pembaziran ruang memori kad dan 'wear and tear' kamera tersebut.



apa tu wear n tear ye?

ted
30th-August-2006, 09:58 AM
'wear and tear' = 'pakai dan koyak'? :lol: :lol: :lol:



maksudnya, mempercepatkan pendeknya jangkahayat sesuatu bahagian kamera, di dalam konteks ini, pengatup (yakni 'shutter') kamera tersebut.



Jikalau imej yang diberi linknya terlampau panjang, sila ke http://www.tedadnanphotography.com/tedgallery/peopleview.php?no=119 untuk kombinasi triptych gambar yang dipetik dari rakaman 'burst mode' di atas.

juan
30th-August-2006, 10:35 AM
bro ted berapa setting for shutter n aperture utk pic ni? pakai tripod?

ted
30th-August-2006, 11:15 AM
Encik Juan,



Saya rakamkan dengan menggunakan mode 'Aperture Priority' di mana bukaan aparturnya adalah f5. Shutter speed berubah ubah ada 1/750 ada juga 1/2500. Burst mode 8 fps.



Saya tak bawak tripod masa assignment ini.

candidsyndicate
11th-December-2006, 11:41 PM
Assalamualaikum...



En Ted...saya pernah dipanggil untuk merakamkan aksi2 sebegini masa Base Jump 2005 di Menara KL pada waktu malam... untuk menghasilkan sesuatu yang baik...saya mengambil masa selama 2-3 jam (satu jangka masa diluar jangkaan saya..betapa susahnya assg kali ini...)



masalahnya cuma satu...kerana malam...dan saya harus selarikan lighting antara subjek dan background...panning juga memberi masalah kepada saya...kerana berada di atas bangunan yang tinggi membuatkan saya cukup2 gayat...



soalan.. : bagaimana cara yang betul untuk saya mengatasi masalah2 ini..? boleh saya postkan pics saya di sini untuk renungan en ted..? terima kasih...

freakdiver
12th-December-2006, 12:00 AM
bro ted,



inikah yg tuan hamba katakan pd TT samuri kajang kita tempoh hari?



kalau betul, baru lah hamba tau ape yg dimaksudkan oleh tuan hamba.



:)

darkcool69
12th-December-2006, 01:00 AM
masih blank lah ...... apa yang dicerita nie ?

ted
12th-December-2006, 02:04 AM
boleh saya postkan pics saya di sini untuk renungan en ted..? terima kasih...



boleh.

candidsyndicate
12th-December-2006, 11:40 AM
http://i16.tinypic.com/4cttt3p.jpg



ini sahaja shot 'terbaik' untuk malam itu...sebenarnya...saya sendiri kurang pasti samada ini okay atau tidak...? :oops: :oops:

Norm
15th-December-2006, 08:47 PM
Penggunaan 'burst mode' atau 'continuous shooting' memang saya

'selalu' pakai ketika shoot kapalterbang mendarat dan

'jarang-jarang' pakai untuk shoot kapalterbang berlepas.



Sebabnya... pada pendaratan, untuk memilih imej pada

'the exact moment' bila tayar mencecah landasan dengan kepulan asap.



Untuk berlepas... tiada 'moment' yg kritikal, kecuali sekiranya

berlaku sesuatu insiden.



Pembaziran?...

Dari segi 'wear & tear' alat pengatup memang ada,

(tu sebab dslr baru 11 bulan ... shutter counts >16ribu)

dari segi masa untuk editing... terpaksa guna masa memilih imej yg sesuai

tapi dari segi ruang memori... terpulang...

saya bawa 2 keping 1GB, cukup untuk setengah hari (Jpeg Fine)

Kalau sehari suntuk ... saya bawa laptop.



Ini pengalaman saya dlm 'comfort zone' saya.



Oh yaa... sekiranya menggunakan bracketing... saya burst 3 kali ...

walaupun untuk static... dah ada fungsi tu...



Pada saya, ianya keperluan (dan juga syok sendiri... :lol: )

ppkpjohan
5th-July-2008, 12:10 PM
good info cikgu

ted
5th-July-2008, 12:53 PM
good info cikgu



Terima Kasih, ilmu Allah Ta'ala kurniakan kita sekadar berkongsi serba sedikit sahaja.